Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sunday, February 25, 2007

Kes Meniru

Cikgu: Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak?

Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?
Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku
lagi la tak tahu".

Sudu

Pada satu hari yang indah di sebuah klinik

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Saturday, February 24, 2007

Markah Exam Adik

Ayah : Apasal subjek Bahasa Inggeris kamu ni asyik dapat kosong je...?

Adik :
Eh, ayah ni! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat kawan-kawan lain. Ada dapat 5 bintang, 3 bintang pun ada. Tapi sampai turn adik je, bintang dah habis. Sebab tu, cikgu bagi adik bulan..hehe..

Ayah :
Kau sungguh pintar anakku (sambil menghantukkan kepalanya ke bucu almari)

Bapa Aku Lagi Hebat

Man: Bapa aku hebat. Dia polis dan semua orang takut dengan dia.

Dol :
Hek eleh..bapa aku lagi hebat, kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man :
Wah..dahsyat tu..bapa kau kerja apa?

Dol :
Tukang gunting rambut daaa....

Salah Faham

Di dalam sebuah pejabat pos terdapat terlampau banyak orang beratur untuk membayar tunggakan bil. Arakian tibalah giliran seorang ibu muda yang sedang mengandung membayar bilnya. Lalu bertanyalah si pekerja ini

Pekerja : Beraper bulan cik?

Si ibu : Masuk ni dah 7 bulan (Sambil tersenyum-senyum
mengusap perutnya)

Pekerja : ?????????

Thursday, February 22, 2007

Lawak 3 Perkataan

Oleh: Suraiya Haji Surani

Ada seorang cikgu perempuan yang mengajar B. Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti. Ada seorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. perempuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!! Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: " Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"

p/s: Macam-macam hal sekarang ni..hehehe