Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tuesday, February 20, 2007

Kisah Dua Beranak

Terdapat dua beranak, yang sorang mak bernama lamra,dan sorang lagi tu anaknya misliyana. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. udah ramai la penduduk sekampung yang jadik mangsa pembohongan mereka berdua.

Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat burok mereka tuh. Bomoh pun bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka berdua pun menuju la ke air terjun. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si mak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana maknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah maknya naik dan menghampiri anaknya.

Anak : Kenapa lama sangat mak?

Mak : Mak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.

Si anak pun terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan menghampiri maknya.

Mak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?

Anak : ini semua Mak punya pasal la. mak minum kopi tadi tak bayar. Dah tu saya yang kena pukul..