Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sunday, February 25, 2007

Kes Meniru

Cikgu: Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak?

Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?
Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku
lagi la tak tahu".

Sudu

Pada satu hari yang indah di sebuah klinik

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Saturday, February 24, 2007

Markah Exam Adik

Ayah : Apasal subjek Bahasa Inggeris kamu ni asyik dapat kosong je...?

Adik :
Eh, ayah ni! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat kawan-kawan lain. Ada dapat 5 bintang, 3 bintang pun ada. Tapi sampai turn adik je, bintang dah habis. Sebab tu, cikgu bagi adik bulan..hehe..

Ayah :
Kau sungguh pintar anakku (sambil menghantukkan kepalanya ke bucu almari)

Bapa Aku Lagi Hebat

Man: Bapa aku hebat. Dia polis dan semua orang takut dengan dia.

Dol :
Hek eleh..bapa aku lagi hebat, kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man :
Wah..dahsyat tu..bapa kau kerja apa?

Dol :
Tukang gunting rambut daaa....

Salah Faham

Di dalam sebuah pejabat pos terdapat terlampau banyak orang beratur untuk membayar tunggakan bil. Arakian tibalah giliran seorang ibu muda yang sedang mengandung membayar bilnya. Lalu bertanyalah si pekerja ini

Pekerja : Beraper bulan cik?

Si ibu : Masuk ni dah 7 bulan (Sambil tersenyum-senyum
mengusap perutnya)

Pekerja : ?????????

Thursday, February 22, 2007

Lawak 3 Perkataan

Oleh: Suraiya Haji Surani

Ada seorang cikgu perempuan yang mengajar B. Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti. Ada seorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. perempuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. "aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!! Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak:"Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: " Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"

p/s: Macam-macam hal sekarang ni..hehehe

Tuesday, February 20, 2007

Kisah Dua Beranak

Terdapat dua beranak, yang sorang mak bernama lamra,dan sorang lagi tu anaknya misliyana. Mereka berdua ni selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. udah ramai la penduduk sekampung yang jadik mangsa pembohongan mereka berdua.

Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara menghilangkan tabiat burok mereka tuh. Bomoh pun bagitau la mereka supaya menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.

Mereka berdua pun menuju la ke air terjun. Sampai di tempat berkenaan, masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si mak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula panik kerana maknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah maknya naik dan menghampiri anaknya.

Anak : Kenapa lama sangat mak?

Mak : Mak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.

Si anak pun terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan menghampiri maknya.

Mak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?

Anak : ini semua Mak punya pasal la. mak minum kopi tadi tak bayar. Dah tu saya yang kena pukul..


Bihun dan Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Saturday, February 17, 2007

Jam

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.

"Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.

"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"

Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab,

" Di sinilah! "

Janda

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.

" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

" Baguslah , " kata janda itu pula.

" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "

Tuesday, February 13, 2007

Bertengkar

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,

" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Monday, February 12, 2007

Ayam

Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam.

Pencuri: Saya hendak menjual ayam-ayam ini.

Pembeli: Dari mana awak dapat ?

Pencuri: Saya mencurinya.

Pembeli: Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama ?

Pencuri: Saya tahu, sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ni.


Telefon

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membuka satu pejabat baru. Namanya Dollah Jakun. Beliau merupakan seorang peniaga. Pejabat Dollah Jakun tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..alattulisnya la...tong sampahnya la... dan yang patut kena isi kat pejabat ialah talipon...!! Dollah Jakun ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pun rilek laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mulalah beliau berangan macam-macam...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta-juta. Dollah Jakun berpura-pura kat depan orang yang datang tadi. Orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa. Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu Dollah Jakun pun berkata kepada pelanggan yang masuk tadi.

"Errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu??"

Dengan selamba pelanggan itu kata...
"Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"

Saturday, February 10, 2007

Posmen dengan Pakcik Sameon

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

Posmen: Assalamualaikum

Pakcik Sameon: Walaikumsalam

Posmen: Ni rumah encik encik Sameon ye?

Pakcik Sameon: Ya saya

Posmen: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni

Pakcik Sameon: Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Buah punya pasal

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"

Tok Batin dengan Honda cupnya

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda. Semasa dalam perjalanan pulang dia telah terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Tok, kenapak tok hanya pakai gear 1 sahajak.

Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin:????????